Panasnya Hari Ini
Like

Tuduhan Lokman Adam, ARMADA Buat Laporan Polis

November 12, 2019
302 Views
0 Comments
1 minute read
Tuduhan Lokman Adam, ARMADA Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat laporan polis terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana menuduh ada campur tangan kerajaan dalam kes mahkamah Datuk Seri Najib Razak.

Menurut BH Online, laporan berkenaan dibuat EXCO ARMADA BERSATU, Muhammad Azizi Sulaiman, di Balai Polis Sri Petaling, di sini, hari ini.

Muhammad Azizi berkata kenyataan pemimpin UMNO itu bersifat hasutan dan mencabar integriti mahkamah.

“ARMADA mahu pertahankan integriti mahkamah daripada dicemari pihak lain. Dalam hal ini, tiada campur tangan mana-mana individu berikutan proses pendakwaan mahkamah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Lokman perlu patuh kepada prinsip ‘rule of law’ yang beliau sendiri pernah sebut sebelum ini.

“Laporan ini juga dibuat bagi memberikan gambaran sebenar mengenai dakwaan pemimpin itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Azizi berkata bekas Perdana Menteri itu tidak akan melalui proses pendakwaan di mahkamah jika benar terdapat cubaan campur tangan daripada pihak tertentu.

“Kalau benar ada orang campur tangan, Najib tidak akan melalui proses pendakwaan.

“Sebaliknya, beliau (Najib) akan terus ditangkap dan terus dijatuhi hukuman bersalah,” katanya.

Semalam, Lokman dilaporkan mendakwa kononnya wujud campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes Najib di mahkamah.

Komen & Pendapat

Comments are closed.