Berita Hari Ini

Tujuan Asal Vape Terpesong, Bahayakan Kesihatan – Pakar perubatan

SHAH ALAM – Fenomena vape di negara ini terpesong daripada tujuan asal apabila lebih ramai cenderung menghisap rokok akibat ketagihan nikotin dalam cecair vape yang berisiko kepada penggunaan bahan terlarang seperti dadah.

Memetik laporan Sinar Harian, Pakar Perubatan Keluarga Ahli Kolej Diraja Pengamal Perubatan Awam (MRCGP) United Kingdom, Dr Munirah Ibrahim berkata, nikotin dalam kandungan cecair vape hanya mengambil masa dua saat untuk sampai ke otak.

“Kesan jangka panjang daripada penggunaan vape masih belum dapat dikenal pasti kerana ia satu perkara baharu berbanding rokok.

“Nikotin sebenarnya disenaraikan di bawah Akta Racun 1992 dan Akta Jualan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika didapati bersalah menjual, menghasilkan serta mengedar secara terlarang,” katanya.

Menurutnya, kepantasan tersebut menyebabkan seseorang itu ketagih terhadap nikotin sehingga sukar berhenti vape.

“Apabila senang ketagih sehingga sukar berhenti, ia memberi kesan kepada fizikal kita. Denyutan nadi bertambah laju, darah lagi pekat dan senang terjadi darah beku serta meningkatkan tekanan darah yang menghasilkan lemah jantung.

“Bahan untuk pengewapan pula membebaskan carcinogen iaitu bahan yang menyebabkan kanser. Walaupun belum ada data menunjukkan vape boleh menyebabkan kanser tetapi bahan penyebab kanser ada dalam vape,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada pada program #cakaplah bertajuk ‘Vape: Trend atau Bahayakan Nyawa’ di Dewan Karangkraf Seksyen 15 di sini malam tadi.

Program bual bicara yang menampilkan Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya sebagai moderator itu turut dibarisi pendakwah, PU Hafiz dan Pengerusi IKRAMTeens, Mohd Fadhli Othman serta penyanyi, Amir Hasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");