Panasnya Hari Ini

Tun M Bantu Kempen PRK Tanjung Piai

BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen membantu memenangkan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, menjelang pengundian 16 November ini.

“Saya akan turun (berkempen) di sana,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kepada media Malaysia ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35, di sini, hari ini.

Kehadiran Perdana Menteri sudah pasti menaikkan moral kem PH dalam kempen pilihan raya yang bermula kelmarin.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.

Karmaine yang juga Ketua Bahagian BERSATU Tanjung Piai akan ditentang calon GERAKAN, Wendy Subramaniam, calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng; Presiden BERJASA, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghafar serta Dr Ang Chuan Lok.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, akibat komplikasi jantung, pada 21 September lalu.

Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Md Farid daripada BERSATU memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK Tanjung Piai adalah pilihan raya kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");