Membawang Hari Ini
Like

‘Tunggu 2 Disember Ini’

November 14, 2019
365 Views
0 Comments
1 minute read
‘Tunggu 2 Disember Ini’

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, hanya bersedia merungkai spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga pada sidang media, 2 Disember ini.

Eizlan yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, memohon semua pihak supaya menanti tarikh itu kerana segala persoalan akan terjawab pada sidang media terbabit.

“Macam mana hendak komen sedangkan nanti akan ada sidang media. Pengurus saya sedang sibuk menguruskan perkara itu.

“Sama ada betul atau tidak berita saya bakal bernikah, semua itu akan terjawab pada sidang media berkenaan,” jelasnya ringkas.

Ahad lalu, ruangan pojok sebuah akhbar mendedahkan, Eizlan akan mengakhiri zaman dudanya bulan depån dalam majlis gilang-gemilang yang mendapat tajaan bernilai RM 2 juta.

Berdasarkan nilai tajaan itu, majlis perkahwinan pelakon yang mendaki populariti menerusi drama Jaguh-Jaguh itu dikatakan bakal menjadi ‘wedding of the year’.

Eizlan yang menduda sejak empat tahun lalu, sebelum ini pernah mengakui, masih trauma untuk berkahwin sejak rumah tangganya dengan usahawan, Vie Shanti Khan, 33, gagal dipertahankan.

Dia bagaimanapun, memaklumkan tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran cinta, cuma lebih berhati-hati dalam memilih calon isteri.

Tidak menetapkan kriteria tertentu wanita pilihannya, Eizlan berkata, dia juga tidak kisah beristerikan ibu tunggal memandangkan perkahwinan dibina atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Eizlan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zalia, 6.

Komen & Pendapat

Comments are closed.