Membawang Hari Ini

Video Haqiem Rusli Mengaji Tengah Malam Jadi Perhatian

Sebut saja nama penyanyi Haqiem Rusli, ramai yang masih tidak boleh lupakan kontroversi depresi yang pernah terpalit dirinya sebelum ini. Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video penyanyi muda itu yang menjadi perhatian ramai.

Video tersebut dikongsikan oleh rakannya memaparkan Haqiem sedang membaca Al-Quran pada waktu tengah malam. Difahamkan, video itu dirakam secara senyap-senyap oleh rakannya yang ketika itu sedang lena tidur dan terjaga apabila terdengar orang sedang mengaji.

Sapiksam@sapiksam_

tengah lena diulit mimpi , ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji.. toleh2 adui segan rasanya .. waktu2 mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta ,
Allahu.. sorry @HaqiemRusli record senyap2 .

Embedded video

410 people are talking about this

Menerusi perkongsian tersebut, pemuda itu meluahkan rasa segan terhadap Haqiem kerana dikala semua orang sedang tidur, dia meluangkan masanya dengan Pencipta.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap rendah diri Haqiem serta menyifatkan sikap tersebut perlu dijadikan contoh terutamanya kepada golongan anak muda. Malah ramai yang memuji kelunakan suara Haqiem mengalunkan ayat Al-Quran.

Terdahulu, Haqiem mengakui dia tidak akan memuat naik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat di akaun Instagram miliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");