Perak Hari Ini

Video MB Perak Hanya Sebahagian

IPOH- Armada Bersatu Perak menegaskan bahawa video tersebut sama sekali tidak menggambarkan keseluruhan konteks perbualan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika membantu kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, tindakan menyebarkan video tersebut adalah salah satu strategi lapuk yang selalu dimainkan pihak pembangkang untuk mencetuskan perpecahan kalangan parti-parti komponen PH

“Tindakan ini seperti mana yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.

Katanya dalam satu kenyataan, Armada turut menyelar tindakan pihak tertentu yang memuat naik rakaman video ketika Menteri Besar membantu kempen PRK di mana ianya telah tular di media sosial.

“Tindakan pihak yang memuat naik hanya sebahagian video daripada keseluruhan perbualan Pengerusi Bersatu Perak semasa berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini adalah jelas sekali bertujuan untuk mencetuskan ketidakharmonian di kalangan komponen PH,” katanya.

Sementara itu, Armada Bersatu Perak turut menyeru kepada semua kepimpinan, ahli dan penyokong PH untuk tidak termakan dengan fitnah yang dimainkan pembangkang bagi mencapai cita-cita mereka merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan.

Terdahulu, satu video percakapan Ahmad Faizal tersebar hari ini di mana beliau berkata berseorangan dalam ‘melawan puak-puak DAP’ demi ‘mempertahankan ‘tanah Melayu’ dan agama Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");