Perak Hari Ini

Video Tular: “Amatlah Malang Jika Ada Ahli PH Termakan Umpan Pembangkang…”

IPOH: Niat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal hanya satu iaitu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini di Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Tanjung Piai.

Namun, agak menyedihkan apabila usaha tersebut dilihat seolah-olah tidak dihargai oleh segelintir pihak akibat termakan tipu daya parti pembangkang.

Dalam satu kenyataan bersama, Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak menyeru agar semua pihak dalam PH untuk menggunakan kebijaksanaan dalam menilai penjelasan Ahmad Faizal berhubung isu video yang tular akhir-akhir ini.

Katanya agak malang sekiranya terdapat ahli dalam kalangan PH yang termakan dengan umpan parti-parti pembangkang.

“Perlukah perkara ini dipertikaikan sedangkan kita telah melalui beberapa PRK sebelum ini.

“Seharusnya kita sudah jelas bahawa untuk memenangi hati pengundi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta ideologi politik, memerlukan pendekatan yang berbeza untuk lebih mendekati dan seterusnya memenangi hati mereka?

“Dalam situasi ini, rakan-rakan dalam PH seharusnya berjiwa besar dan melihat isu ini daripada ruang lingkup dan perspektif yang jauh lebih besar.

“Mengimbas kembali pengalaman beberapa PRK sebelum ini, jika mahu diungkit semula, banyak kenangan pahit yang merobek hati sanubari kami.

“Tetapi atas semangat setia kawan, kami harungi juga tanpa mendesak permohonan maaf daripada mana-mana rakan seperjuangan dalam PH,” katanya, di sini hari ini.

Oleh demikian katanya, semua pihak diseru untuk menumpukan tenaga selain bersatu hati dalam memastikan kemenangan calon PH di PRK Tanjung Piai pada 16 November nanti.

“Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak menegaskan akan tetap berdiri di belakang Menteri Besar Perak serta komitmen beliau untuk memenangkan calon nombor 4, demi mempertahankan kerusi Tanjung Piai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");