Perak Hari Ini

Video Tular: Perbualan Sebenar Berlaku Dalam 20 Minit – MB Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengulangi pendirianya bahawa video yang tular sejak semalam di media sosial adalah dipetik dari luar konteks sebenar.

Katanya video tersebut hanya berdurasi sekitar 6 minit manakala perbualan sebenar kejadian tersebut adalah berlaku sekitar 20 minit

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata konteks sebenar perbualan adalah untuk menarik perhatian individu-individu yang dipercayai warga tempatan untuk memilih calon PH, Karmaine Sardini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Sepatutnya digambarkan apa yang Karmine sebutkan sebelum itulah di sebut-sebutkan. Tetapi entah kenapa hanya beberapa komen saya mengenai rakan parti komponen dalam kabinet sahaja yang telah dinaikkan

“Pada masa sama, apa sebenarnya yang saya cuba lakukan ketika itu ialah untuk menarik perhatian penduduk di situ bagi mereka mendengar apa perkara sebenar yang saya hendak katakan.

“Perkara sebenarnya ialah untuk mereka menyokong PH dan calon kita Karmine,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina Meru Raya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video yang mendakwa Ahmad Faizal memberikan komen berkenaan situasi politik di Perak yang membabitkan DAP.

Dalam satu portal berita semalam, beliau menyebut bahawa kenyataanya itu telah diambil dari luar konteks sebenar.

“Saya telah mengatakan bahawa saya telah melalui banyak (pengalaman) di Perak dan terdapat pemimpin DAP cuba jatuhkan saya.

“Apa yang penting ialah kita semua bekerjasama rapat,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Armada Bersatu Perak pada masa sama turut menyelar tindakan penyebaran video tersebut selain menyifatkan ia sebagai mahu mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan komponen PH.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menyeru agar semua kepimpinan, ahli dan penyokong PH untuk tidak termakan dengan fitnah yang dimainkan pembangkang bagi mencapai cita-cita mereka merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada PH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");