Berita Hari Ini

Wanita Cukup Matang Berkahwin Di Usia 18 Tahun

SHAH ALAM – Perkahwinan pada usia minimum 18 tahun bagi seorang wanita sudah dikira cukup matang untuk mendirikan rumahtangga.

Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN), Norhimah Aziz menyifatkan usia tersebut adalah sangat sesuai kerana mereka sudah cukup matang dari segi mental dan fizikal.

“Umur 18 tahun ini majoriti anak muda semua sudah habis sekolah. Oleh itu mereka sudah pandai berfikir baik buruk sesuatu perkara dengan sendirinya.

“Umur sebegini sudah ada peluang untuk membina kerjaya dan sudah tahu bagaimana untuk mengawal kewangan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengumumkan dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur melalui perundangan.
Penghasilan draf itu membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) dengan menetapkan umur minimum untuk perkahwinan bagi wanita iaitu 18 tahun.

Norhimah berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan itu kerana ia bukan sahaja dapat mengelak sebarang unsur membabitkan jenayah pedofilia malah ia turut mengubah persepsi ibu bapa yang menggunakan perkahwinan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan.

“Saya menyokong tindakan kerajaan ini kerana ia dapat mencegah daripada berlakunya masalah pedofilia dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, ibu bapa tidak boleh lagi mengahwinkan anak mereka dengan individu tertentu untuk keluar daripada kemiskinan kerana sebelum usia 18 tahun anak-anak perlu mendapatkan pendidikan yang sewajarnya,” katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan kepada ibu bapa supaya memberikan ilmu yang secukupnya agar anak-anak mereka bijak membuat keputusan meskipun berkahwin di usia yang muda lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");