Perak Hari Ini

Warung Arif Corner Di Ipoh Saji Lebih 10 Juadah Sekitar RM2 Ke RM3

IPOH: “Saya kebiasaannya hanya bawa RM5 sahaja apabila datang untuk menjamu selera di sini.” Itu merupakan luahan salah seorang pelanggan ‘Warung Arif Corner’ yang merasakan harga menu-menu di gerai makanan tersebut sangat berpatutan.

Tinjauan PerakToday ke Warung Arif Corner yang terletak di Taman Perpaduan, di sini, baru-baru ini mendapati gerai makanan tersebut menyajikan lebih daripada 10 juadah yang berharga sekitar RM2 sehingga RM3 sahaja.

Salah seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata bihun sup dan kuetiau merupakan menu kegemarannya apabila singgah ke gerai tersebut.

“Bihun sup dan kuetiau kicap adalah kegemaran saya di sini. Ianya sangat menyelerakan dan harganya pula sangat berpatutan.

“Saya rasa mungkin sukar hendak jumpa harga makanan seperti di gerai ini di tempat-tempat lain pada masa kini,” katanya.

Krew PerakToday mengambil kesempatan untuk mencuba masakan mi bandung serta nasi goreng ayam dan ternyata ia tidak mengecewakan.

 

Teh Tarik Ais yang hanya berharga RM1.50 pula cukup menambat selera bagi sesiapa yang mencubanya.

Difahamkan juga, laksa yang berharga RM3 juga merupakan salah satu menu wajib para pelanggan di gerai tersebut.

Ketika sampai di gerai itu sekitar jam 4.45 petang, PerakToday mendapati para pelanggan tidak putus-putus daripada terus mengunjungi Warung Arif Corner.

Mereka terdiri daripada kalangan penduduk setempat, pelajar institusi pengajian tinggi serta kakitangan awam dan kerajaan.

Pengusaha Warung Arif Corner, Muhammad Alias Muhammad Ariff yang ditemui berkata para pelanggan kebanyakannya adalah kenalan-kenalan lama dirinya dan ahli keluarga.

Menjalankan perniagaan bersama adik beradiknya, anak ketiga daripada enam adik beradik itu berkata gerainya juga turut kerap dikunjungi pelancong asing.

“Baru-baru ini, ada sekumpulan pelancong dari China ada datang ke gerai kami. Saya difahamkan selepas sahaja mereka ke Taman Tema Lost World OF Tambun, mereka terus datang ke sini.

“Ia bukan kali pertama malah sudah dua ketiga kali juga pelancong dari China datang ke gerai kami,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Warung Arif Corner telah beroperasi sejak lebih daripada 20 tahun.

“Ia merupakan perniagaan keluarga. Perniagaan ini hampir memasuki lebih 20 tahun. Gerai yang asal hanya beratap zink, telah diusahakan 10 tahun.

“Manakala, gerai yang baharu yang bersimen ini pula telah diusahakan sekitar 16 tahun dan ia masih beroperasi di lokasi yang sama,” katanya.

Menurut Alias, Warung Arif Corner beroperasi setiap hari bermula jam 3.30 petang, dan ditutup pada setiap hari Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");