Perak Hari Ini

Yayasan Perak Peruntuk RM45 Ribu Bina Rumah Kepada Mangsa Tanah Runtuh

IPOH- Sinar baharu kepada mangsa tanah runtuh di Kampung Teras Ijok apabila Yayasan Perak bersetuju untuk memberikan peruntukan bernilai RM45,000 bagi setiap sebuah rumah yang akan dibina.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, melalui Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama, pihak mereka telah mengenalpasti tiga tapak tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Redang Panjang untuk pembinaan semula.

“Rumah Sayangi Perakku di bawah Yayasan Perak yang bernilai RM45,000 sebuah akan dibina kepada tiga buah keluarga yang mengalami kerosakan dan kemusnahan rumah akibat kejadian tanah rutuh di Kampung Teras Ijok

“Permohonan kepada Yayaan Perak telah dibuat dan secara prinsipnya, malahan Yayasan Perak telah bersetuju dan meluluskan permohonan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Khalil Yahya (PAS-Kubu Gajah) semasa sidang Penggulungan di Bangunan Perak darul Ridzuan, hari ini.

Terdahulu, satu bencana tanah runtuh telah berlaku di Selama dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan seorang warga emas dijumpai mati tertimbus selepas rumahnya di Kampung Teras, Ijok, dekat Baru Kurau dihempap tanah runtuh dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang pada 25 Oktober yang lalu.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut meluangkan masa meninjau keadaan rumah yang rosak akibat kejadian tanah runtuh selain turut menziarahi ahli keluarga dan menghadiri majlis pengebumian mangsa yang terlibat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");