Membawang Hari Ini

250 Penggiat Seni Veteran Dapat Perlindungan SIP PERKESO

KUALA LUMPUR: Seramai 250 penggiat seni veteran bakal menikmati manfaat perlindungan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tempoh setahun, bermula 1 Januari depan.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, berkata pembiayaan insurans secara percuma untuk golongan artis veteran adalah sebahagian daripada isu cuba diselesaikan kerajaan.

“FINAS akan menyalurkan terus jumlah caruman kepada PERKESO bagi membolehkan setiap artis terbabit mendapat perlindungan sepanjang mereka bekerja.

“Setakat ini, kita mulakan dahulu dengan 250 karyawan seni veteran membabitkan dua persatuan, bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

“Dari segi perlindungan, PERKESO mempunyai empat pakej, namun kami mengambil perlindungan paling minimum bagi membolehkan lebih ramai pekerja seni sasaran mendapat manfaatnya.

“Sama ada ia diteruskan pada masa akan datang atau kita tambahkan lagi penerima manfaat, ia bergantung kepada dana diterima,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Stand Up Comedy Otai, di sini.

April lalu, Hans mengumumkan akan memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO bagi melindungi kebajikan penggiat seni bebas.

Katanya, skim terbabit bukan sahaja bakal menjamin masa depan pelakon, tetapi juga kru produksi termasuk jurusolek, ‘runner’, pemandu dan penjaga busana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");