Perak Hari Ini

261 Pesara Perak Terima Insentif RM4,000

IPOH- Seramai 261 orang pesara layak menerima insentif dari kerajaan negeri sebanyak RM4,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, seramai 214 orang penerima bumiputera menerima imbuhan berkenaan dalam bentuk Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) manakala penerima bukan bumiputera seramai 47 orang menerima insentif dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP).

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Datuk Abdul Yunus Jamahri hari ini telah mewakili Menteri Besar dalam menyampaikan insentif berkenaan.

Pemberian insentif tersebut juga diberikan kepada pesara berusia 50 tahun ke atas serta berkhidmat di dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 15 tahun bagi kumpulan pengurusan dan professional dan sekurang-kurangnya 20 tahun bagi kumpulan pelaksana.

Semasa menyampaikan ucapan, Abdul Yunus menyatakan harapannya agar pesara dapat menghabiskan masa bersama keluarga selepas bertahun-tahun mengorbankan masa dalam perkhidmatan awam.

Tambah beliau, apabila para pesara memulakan kehidupan sebagai ahli persaraan, mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga diri terutamanya dari segi kesihatan.

“Isu kesihatan tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak kerana secara tidak langsung, ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.

“Penyakit berjangkit juga lebih mudah merebak, jadi simpanlah nombor-nombor kenalan jika sebarang perkara tidak dapat dielakkan berlaku,” katanya sebagai nasihat semasa Majlis Jasamu Dikenang Sesi III tahun 2019, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Majlis yang sama turut meraikan 281 orang pesara bagi tempoh Januari 2019 hingga Jun 2019 yang terdiri daripada 146 pesara dari Jabatan Negeri, 97 orang pesara dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 38 orang dari Badan Berkanun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");