Panasnya Hari Ini

3 Februari Pengurusan Kes Lucut Hak Harta 1MDB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 3 Februari depan untuk pengurusan kes bagi permohonan kerajaan melucut hak harta dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd (Obyu) bernilai RM680 juta, dipercayai berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, berkata pada tarikh itu permohonan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi baharu, Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Ia berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berhubung dana 1MDB menarik diri daripada mendengar permohonan itu

Faten berkata, pada tarikh itu juga, pihaknya akan mendapatkan arahan selanjutnya berhubung permohonan itu terutama isu pembalasan afidavit daripada pihak ketiga iaitu Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta syarikat barangan kemas, Global Royalty Trading SAL (Global Royalty) untuk melihat barang kes.

Obyu Holdings dimiliki Tan Sri Bustari Yusof, adik bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah yang menjadi orang kepercayaan rapat Najib.

Dalam notis usul difailkan terhadap Obyu, kerajaan antaranya menyita 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 unit cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri dimiliki Obyu Holdings. Selain itu, sebuah hartanah di sebuah daerah Kuala Lumpur turut disita pada 1 November 2018.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap Obyu yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, berkata SPRM memfailkan permohonan itu terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun Najib memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");