Berita Hari Ini

3 Hari Kutip RM1.88 Juta Saman

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.88 juta berjaya dikutip Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur hasil tunggakan saman yang dijelaskan pesalah trafik selama tiga hari.

Kutipan diperoleh menerusi tawaran diskaun 50 peratus sempena Hari Bertemu Pelanggan JSPT Kuala Lumpur yang berakhir semalam.

Timbalan Ketuanya, Superintendan Zulkafli Che Lah berkata, pihaknya menawarkan diskaun itu untuk memberi peluang kepada pesalah trafik menjelaskan tunggakan saman mereka.

“Sepanjang tempoh tiga hari yang bermula Selasa lalu, kita menerima kunjungan lebih 3,000 pesalah yang menjelaskan 28,773 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

“Jumlah yang terkutip adalah RM1.88 juta, namun diskaun tidak ditawarkan ke atas saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah serta saman berkaitan lori,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkafli berkata, kebanyakan saman yang dibayar membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan, saman berkaitan cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar selain tidak memakai tali pinggang keledar memetik HMetro.

“Dengan program ini juga secara langsung kita dapat kurangkan tunggakan saman trafik di bawah JSPT Kuala Lumpur,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");