Perak Hari Ini

50 Anak Yatim Gembira Terima Kelengkapan Persekolahan Baru

IPOH: Atas dasar prihatin, Mimbar Nusantara Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) serta Pasaraya Mydin Meru Raya hari ini menyantuni 50 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan empat ke 17 tahun itu menzahirkan rasa kegembiraan apabila menerima sumbangan bantuan kelengkapan persekolahan daripada syarikat tersebut.

Pengarah Urusan Mimbar Nusantara, Nazrin Chong Abdullah berkata setiap seorang daripada mereka diperuntukkan sejumlah RM150 yang mana masing-masing menerima dua pasang baju dan seluar uniform sekolah, tiga pasang stokin serta sepasang kasut.

Katanya pihak Pasaraya Mydin Meru Raya pula menyumbangkan beg sekolah kepada kesemua anak-anaka yatim tersebut.

“Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini kita telah laksanakan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Pada musim pembukaan sekolah ini, kita memfokuksan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam.

“Ia merupakan permintaan pihak pertubuhan juga yang mana ia telah menyentuh hati saya untuk kami menghulurkan bantuan kepada mereka,” katanya.

Tambahnya lagi pihak syarikat akan mempertimbangkan memberi bantuan sama kepada pertubuhan yang lain pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada pada Progam Kembali Ke Sekolah di Pasaraya Mydin Meru Raya, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, wakil KSKMP, Rosli Mansor menzahirkan ucapan penghargaan kepada Mimbar Nusantara dan Mydin Meru Raya atas sumbangan-sumbangan yang dihulurkan.

Katanya pihak penyelia Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam telah lama menyuarakan permintaan bantuan tersebut dan akhirnya Mimbar Nusantara sudai untuk berbuat demikian.

“Mewakili pertubuhan itu saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan khusus kepada Mimbar Nusantara dan Mydin Meru Raya.

“Anak-anak ini jelas kelihatan gembira kerana ada antara mereka ini terpaksa memakai pakaian persekolahan yang agak lusuh dan koyak,” ujarnya.

Untuk rekod, Mimbar Nusantara adalah syarikat pemaju perumahan mampu milik yang berada di kawasan Kampar, Batu Gajah, Gopeng, Chemor serta beberapa lokasi lain di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");