Perak Hari Ini

500 Warga Ipoh Teruja Lihat Fenomena Gerhana Matahari Separa

IPOH: Lebih 500 orang warga Bandaraya Ipoh tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku sekitar tengah hari tadi, dekat sini.

Seawal jam 11 pagi, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah hadir ke Program Cerapan Gerhana Matahari anjuran Jabatan Mufti Negeri yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri Perak) serta Dataran Medan Selera Dato Sagor.

Selain warga tempatan turut kelihatan beberapa pelancong asing turut tidak melepaskan peluang untuk melihat fenomena alam yang kali terakhir berlaku pada 21 tahun yang lalu di negara ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Kemuncak fenomena Gerhana Matahari Separa itu berlaku pada jam 1.11 tengah hari yang mana difahamkan 85 peratus matahari ditutup oleh bulan.

 

 

Selepas solat Zohor, para jemaah yang hadir kemudiannya mendirikan solat sunat gerhana yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh.

Usai solat sunat, jemaah kemudiannya mendengar khutbah Khas Gerhana Matahari Separa yang disampaikan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Program cerapan Gerhana Matahari Separa itu turut mendapat kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) negeri, Politeknik Ungku Omar.

Difahamkan pada masa sama, program tersebut turut diadakan di dua lokasi lain iaitu di Masjid At-Taqwa Proton City Tanjung Malim serta Maahad Tahfiz Kemukjizatan al- Quran, Pondok Air Jernih dekat Gerik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");