Perak Hari Ini

5,660 PATI Serah Diri Sertai B4G

IPOH- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak mencatatkan jumlah penghantaran semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seramai 5,660 orang dengan nilai kompaun sebanyak RM3.96 juta melalui program ‘Back For Good’ (B4G).

Pengarahnya, Kamaluddin Ismail berkata, rekod tersebut dicatatkan bermula dari 1 Ogos sehingga 3 Disember tetapi pihak JIM Perak tiada sebarang sasaran walaupun rekod mencatatkan negeri Perak antara lima negeri permohonan terbanyak berbanding negeri lain.

Katanya, program tersebut merupakan satu program pemutihan PATI bermula sejak 1 Ogos lalu dan akan berlanjutan sehingga 31 Disember di mana PATI diberi peluang kembali ke negara mereka secara sukarela yang sebelum ini akan dihantar pulang selepas ditangkap dalam operasi yang dijalankan Imigresen.

“Pihak JIM akan menyelesaikan perjalanan balik PATI ke negara masing-masing dalam tempoh tujuh hari dan nama mereka akan disenarai hitam seumur hidup untuk masuk ke negara ini.

“Proses yang perlu dilakukan oleh PATI adalah dengan pergi ke kedutaan masing-masing kemudian kemukakan permohonan bahawa mereka ingin menyertai B4G tetapi dengan syarat, pemohon tersebut tinggal di Malaysia melebihi tempoh yag ditetapkan dan tiada sebarang dokumen perjalanan,” katanya dalam satu sidang media selepas Perhimpunan Setia Berjasa di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Katanya, para pengamal media turut akan dapat melihat terdapat ramai PATI yang berbaris di kompleks tersebut di mana kesemuanya secara sukarela ingin pulang ke negera asal masing-masing.

“Mereka boleh pulang secara sukarela dengan syarat mempunyai dokumen perjalanan selepas ke kedutaan masing-masing tetapi semakan dokumen akan dibuat terlebih dahulu sama ada PATI berkenaan layak atau tidak,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar PATI yang berada di negeri ini atau sekitar serta para majikan yang mengetahui kewujudan PATI di kawasan masing-masing segeralah membuat permohonan melalui program B4G.

“Walaupun kini operasi giat dijalankan, PATI disaran pulang secra sukarela kerana selepas tamat tempoh B4G pihak JIM membuat operasi secara besar-besaran di mana ianya akan dipertingkat dan diperhebatkan lagi.

“Selepas itu, tindakan sususlan seperti kompaun dan tindakan mahkamah juga akan diambil tetapi jikalau mereka menyerah diri, meraka akan dihantar secara B4G,” katanya.

Sementara itu katanya, pihak JIM telah berjaya melakukan operasi yang lebih giat menerusi operasi bersepadu berbanding tahun lalu dimana mencatatkan peningkatan sebanyak 787 pada tahun ini sehingga November berbanding tahun lalu sebanyak 593.

“Dari segi tangkapan PATI, kita telah menahan seramai 2,337 orang PATI denagn nilai kompaun sebanyak RM1,422,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");