Berita Hari Ini

Ada Pembekal Belum Bayar Perkeso Sejak 10 Tahun Lepas

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara 2018 mendapati terdapat pembayaran berjumlah RM0.89 juta masih belum dibuat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tempoh di antara 30 hari sehingga 4007 hari (lebih 10 tahun).

Menurut laporan MalaysiaGazette, ia melibatkan 145 transaksi oleh 34 pembekal.

Pengauditan yang dilaksanakan terhadap pengurusan perolehan peralatan, pencegahan, perubatan dan pemulihan Perkeso bagi Januari 2018 hingga Jun 2019 di Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan ibu pejabat agensi tersebut bersama enam lagi pejabat negeri mendapati proses semakan bayaran mengambil masa antara satu hari sehingga 467 hari.

Dalam pada itu, terdapat dua invois daripada dua pembekal berjumlah RM112,010 dibayar selepas tiga tahun.

Antara yang mendapat perhatian laporan tersebut adalah satu pembayaran bernilai RM99,101 dilakukan tanpa dokumen lengkap selain terdapat pembayaran melebihi kuantiti yang sepatutnya berjumlah RM51,894.

Selain itu, Perkeso juga didapati membuat lima perolehan berjumlah RM247,058 yang telah dipecah kecil dan dibuat secara pembelian terus.

“Perolehan yang dibuat secara pecah kecil boleh menyebabkan Perkeso tidak mendapat tawaran harga terbaik dan kompetitif daripada pembekal lain.

“Perolehan yang dilaksanakan juga tidak mengikut peraturan kewangan dan MPP kerana ia melibatkan item dan pembekal yang sama,” kata laporan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");