Perak Hari Ini

Adakan Perhimpunan Bantah Tulisan Jawi Tunjuk Sikap Kurang Matang – Hasnul

IPOH: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) meminta agar Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar dapat bertindak secara rasional.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata tindakan pertubuhan itu dalam mengadakan persidangan bagi membantah pengenalan pelajaran tulisan Jawi disifatkan sebagai satu tindakan yang kurang matang.

Malah katanya tindakan yang tidak patriotik dan paranoid melampau itu dilihat mampu mengundang rasa tidak selesa pihak yang lain.

“Pemuda Amanah menyarankan agar persidangan tersebut ditukar kepada sesi penerangan dan perkongsian pendapat bagi menjelaskan keadaan dan kedudukan sebenar isu ini.

“Ia supaya juga dapat dinilai pada perspektif lain yang mungkin dapat mengubah tanggapan salah sebelum ini.

“Sekiranya persidangan itu tetap diteruskan dengan hanya memberi fokus kepada bantahan semata-mata, ia akan menimbulkan salah faham dan keadaan ini juga berpotensi diheret kepada isu perkauman,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu beliau meminta agar persatuan tersebut dapat menyelesaikan permasalahan itu dengan cara yang lebih harmoni agar ia dapat membawa agenda kemakmuran bersama dalam aspek pendidikan.

Sebelum ini media melaporkan Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali ‘Dong Jiao Zong’ akan mengadakan satu persidangan pada 28 Disember ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi terhadap sekolah vernakular.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");