Berita Hari Ini

Agong Bangga Pelantikan Ramai Hakim Wanita

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan suratcara pelantikan kepada sembilan orang hakim, dengan lima orang daripadanya adalah hakim wanita.

Dalam istiadat berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rohana Yusof menerima suratcara pelantikan sebagai Presiden baharu Mahkamah Rayuan.

Tiga lagi hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail pula sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, turut dilantik hari ini sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Nantha Balan a/l E.S. Moorthy yang kedua-duanya ialah hakim Mahkamah Tinggi.

Turut dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah dan Datuk Azmi Abdullah yang kedua-duanya ialah Pesuruhjaya Kehakiman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");