Panasnya Hari Ini

Ahmad Zahid Janji Tambah Peruntukan KU TAR Jika BN Berkuasa Semula

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan mengembalikan semula kemudahan geran padanan tahunan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KU TAR) sekiranya parti gabungan itu memenangi pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

Lebih menarik, Ahmad Zahid turut berjanji kerajaan baharu BN kelak akan menambah nilai geran padanan tahunan kepada KU TAR sekiranya sokongan pengundi Cina terhadap parti itu semakin meningkat.

“Ini janji saya kepada Ka Siong (Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong). Apa sahaja janji untuk beri peruntukan kepada KU TAR sebagaimana dijanjikan kerajaan BN sebelum ini, semua janji kepada KU TAR akan dipenuhi jika kita ambil semula kerajaan.

“Kalau semakin banyak sokongan pengundi Cina (kepada BN), kita akan tambah lagi peruntukan,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-66 di Wisma MCA di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MCA, Dr Mah Hang Soon dan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.

Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN menyokong sepenuhnya usaha MCA untuk memperjuangkan nasib KU TAR yang kini menerima pelbagai tekanan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, di sebalik pelbagai agenda kerajaan PH untuk menyingkirkan pengaruh MCA dalam institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu, beliau yakin parti itu ada daya tahan bagi menghadapi semua cabaran itu.

“Kita tahu pelbagai arahan baharu dan tekanan dikenakan terhadap yayasan (mentadbir) KU TAR supaya mereka dapat membuang pengaruh MCA.

“Ini memperlihatkan arahan mereka (kerajaan PH) tidak difikirkan terlebih dahulu dan bertujuan hendak menunjukkan MCA tiada pengaruh lagi.

“Tetapi saya yakin MCA ada daya tahan untuk menghadapi semua cabaran itu,” katanya.

Sewaktu pentadbiran kerajaan BN terdahulu, KU TAR yang ditubuhkan oleh MCA pada tahun 1969 menerima geran padanan bernilai antara RM30 juta sehingga RM60 juta setiap tahun.

Bagaimanapun, kerajaan PH setelah mengambil alih pentadbiran Putrajaya dari BN selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertindak menahan geran padanan tahunan dan hanya menyalurkan RM5.5 juta kepada KU TAR.

Peruntukan KU TAR terus dikurangkan lagi kepada RM1 juta dalam Belanjawan 2020 dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta MCA melepaskan kawalan ke atas KU TAR bagi membolehkan kerajaan meneruskan penyaluran geran padanan bernilai RM30 juta kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.

Namun pada 22 November lalu, kerajaan PH bersetuju menyalurkan RM30 juta kepada KU TAr melalui dana amanah yang diuruskan oleh Persatuan Alumni KU TAR (TAA).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");