Berita Hari Ini

Anifah Aman Mahu Saman SPR Berhubung PRK Kimanis

Bekas Menteri Luar Anifah Aman berhasrat menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kegagalannya mengadakan pilihan raya kecil bagi parlimen Kimanis tahun lalu mengikut undang-undang.

Dalam satu kenyataan, pembantunya James Ligunjang berkata, peguam Anifah kini sedang mengkaji pilihan yang boleh dilakukan oleh ahli politik itu selepas kemenangannya di Kimanis dibatalkan minggu lalu, dan ia termasuk memfailkan semakan kehakiman.

“Selepas keputusan Isnin lalu di Makhamah Rayuan Persekutuan, peguam- peguam Anifah Aman bersetuju untuk mengkaji dua tindakan.

“Pertama membuat permohanan semakan kepada Makhamah Persekutuan agar keputusan pada Isnin lalu di ketepikan,” kata Ligunjang.

Tambahnya, tindakan kedua adalah memfailkan tuntutan ganti rugi ke atas SPR ekoran kegagalan dan kecuaian badan itu mempertahankan keputusan pilihan raya daripada tuduhan yang terkandung dalam petisyen pilihan raya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan memutuskan menyokong keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah pada 2018 untuk kerusi parlimen Kimanis.

Keputusan itu dicapai oleh lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, di mana mereka sebulat suara menolak rayuan Anifah untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu.

Keputusan itu membuka jalan bagi pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi kerusi Kimanis tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");