Berita Hari Ini

Anwar Arah Tutup Mulut, ‘Rakyat Bosan’

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengarahkan semua pihak menggunakan saluran dalaman dan berhenti membuat kenyataan terbuka berkaitan perbalahan dalaman.

“Saya ingin menggesa semua pimpinan dan anggota parti mengemukakan pandangan dan bantahan dengan menggunakan saluran parti khususnya kepada lembaga disiplin.

“Semua kenyataan perbalahan dalaman harus dihentikan serta merta,” katanya dalam kenyataan ringkas petang ini.

Beliau tidak merujuk mana-mana kenyataan secara khusus.

Bagaimanapun ia dibuat beberapa jam selepas kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis menyerahkan memorandum mendesak tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali dan pasukannya.

Anwar menegaskan PKR harus tegak atas asas dan perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta membela nasib rakyat semua kaum, terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan.

“Rakyat yang pernah meletakkan kepercayaan kepada kita ternyata bosan dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada percaturan politik dalaman.

“Kita berkewajiban untuk meningkatkan usaha dan kinerja untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");