Membawang Hari Ini

Ayah Rehatlah Selama-Lamanya

KUALA LUMPUR: ‘Ayah, tenanglah di sana… Rehatlah selama-lamanya. Cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini.’

Itu luahan Intan Najihah, anak tunggal Allahyarham Datuk Nassier Wahab, 57, yang dikongsi di Twitter selepas pemergian ayah tersayang, awal pagi tadi.

Intan Najihah turut meluahkan rasa rindu kepada ayah dan kesanggupannya berbuat apa sahaja asalkan dapat berbicara buat kali terakhir dengannya.

“Saya sanggup buat apa sahaja asalkan dapat berbual, dipeluk dan mendengar kata-kata perangsang daripada ayah buat kali terakhir.

“Kembalilah ayah buat seketika… Kesakitan ini tak tertahan lagi,” luahnya.

Intan Najihah adalah puteri tunggal hasil perkongsian hidup Allahyarham dengan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 pagi tadi, akibat kanser rahang.

Pembantu peribadinya, Ariff Salim memberitahu, Allahyarham pergi dalam keadaan mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 malam.

Intan Najihah turut meluahkan kasih sayangnya terhadap ayah dalam coretan itu.

“Suatu masa nanti, kita akan ketemu lagi…Ijah sayang ayah,” katanya.

Nassier yang memulakan karier sejak era 1980-an, berasal dari Pulau Pinang dan aktif menyanyi serta berlakon. Antara lagu popular Allahyarham adalah Sekali Aku Jatuh Cinta, Undangan Rindu dan Memori Cinta Luka.

Pada 1988, Nassier merakamkan lagu duet Susah Senang Kita Bersama dengan Ramlah Ram. Nassier turut menyertai musim kedua Gegar Vaganza (GV) hingga ke pentas akhir pada 2015 dan mendapat tempat keempat.

Pada 15 Julai lalu, BH Online melaporkan Nassier menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di sebuah pusat perubatan, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");