Sukan Hari Ini

Azizulhasni Gigih Berlatih Dalam Kesakitan

KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu terbabit dalam insiden kemalangan pada siri Piala Dunia di Brisbane, Australia, jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang kembali ke trek biarpun kecederaan tangannya masih belum pulih sepenuhnya.

The Pocketrocketman yang mengalami kemalangan pada pusingan pertama acara keirin di Velodrom Anna Meares pada 14 Disember lalu, berkata sepanjang dua minggu ini beliau berehat bagi meneruskan proses rehibilitasi terhadap kecederaan tangannya namun masih menjalani kayuhan di atas ‘roller’ di rumah dan sekali sekala pergi ke gimnasium bagi mengekalkan kecergasan.

“Walaupun saya ke gimnasium, tidak banyak yang saya dapat lakukan kerana masih banyak benda saya tak boleh lakukan disebabkan kecederaan sebelum ini.

“Khamis lalu saya cuba masuk trek namun saya sekadar boleh membuat pemanasan sahaja kerana masih merasakan kesakitan. Cuma sendi AV (acromioclavicular di bahu kanannya) masih sakit dan saya rasa mungkin perlukan dua hingga tiga minggu lagi untuk pulih sepenuhnya dan saya punya kaf rotator (otot bahu) masih terasa sakit sangat,” katanya kepada BH di sini hari ini.

The Pocketrocketman menjadi sandaran pingat emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo yang akan berlangsung dalam tujuh bulan sahaja lagi namun sebelum itu beliau mempunyai masa yang singkat untuk kembali cergas sebelum bersedia sepenuhnya bagi Kejohanan Dunia UCI 2020 di Berlin, Jerman yang akan berlangsung 26 Februari hingga 1 Mac ini.

Azizulhasni berkata beliau mempunyai temujanji bersama doktor yang merawatnya dalam minggu ini bagi melihat perkembangan kecederaannya.

“Sepatutnya saya akan berkayuh di Kejohanan Dunia, tetapi keadaan macam ini saya pun masih tak pasti. Buat masa ini saya mahu fokus untuk pulih 100 peratus dahulu,” katanya.

Dalam status Instagram hari ini, Azizulhasni memuatnaik gambar terbarunya menjalani latihan di velodrom di Melbroune.

“Hari ini adalah hari pertama saya dapat kembali berkayuh di velodrom setelah dua minggu berehat bagi menumpukan kepada rehat dan proses rehabilitasi untuk kecederaan di bahu saya.

“Walaubagaimanapun, latihan hari ini adalah bersifat low intensity sahaja, keadaan saya masih belum bersedia untuk latihan high intensity seperti yang biasa di lakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");