Berita Hari Ini

“Benda ni sangat betul, banyak ‘job online’ aku mohon semua nak mandarin”

Sebelum ini, kecoh dengan isu pegawai imigresen dikatakan akan diajar asas bahasa Mandarin, supaya dapat berkomunikasi dengan pelancong yang datangnya dari negara China. Disebabkan itu, isu ini telah menjadi bualan dan debatan hebat oleh para netizen di media sosial serta pelbagai pandangan telah diterima.

Seorang pemuda telah meraih perhatian rama, terutamana generasi muda dengan kostum troll yang dipakainya ketika di acara Comic Fiesta 2019 di Kuala Lumpur. Lelaki berkenaan dilihat membawa spanduk dan menulis sebuah mesej yang seakan-akan kena dengan situasi sedang berlaku di Malaysia.

Realiti di Malaysia!

Pemuda yang lebih dikenali sebagai Shere Khan, telah  meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dan realiti yang harus dihadapinya ketika sedang mencari kerja. Malah dijuga percaya, perkara ini turut dialami oleh generasi muda kini terutamanya pada graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka.

gdebey@AmrddnNt

i found it in insta story

View image on Twitter
40.3K people are talking about this

Kecewa diskriminasi macam ini masih wujud!

Menurut penyataan Shere Khan di The Vocket, dia kecewa diskriminasi sedemikin masih wujud dan dapat dilihat melalui laman-laman pencarian kerja. Dia juga berkata, seharausnya seseorang itu dinilai melalui merit, skil bekerja, bakat dan bukan hanya bergantung kepada warna kulit sahaja.

Ramai yang bersetuju

Gambar Shere Khan sangat tular dengan meluas di laman Twitter. Sehingga kini, gambar tersebut telah terima hampir 39,900 ulang kicau dan 29,100 tanda suka oleh warga Twitter.

Hanya mampu senyum je…

Nanti kena tuduh rasis pulak…

Sampai bila nak diam?

Jadi lepasni belajar mandrin jelah?

Dah banyak kali jadi macam ni…

Perkara ini mungkin tidak adil bagi sesetengah pihak kerana tidak semua orang dapat pendidikan tersebut. Hal seperti ini seharusnya dipandang serius dan juga dibincangkan semula oleh pihak atasan kerana Malaysia negara yang berbilang kaum.

Sumber: The Vocket, GdebeyShere Khan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");