Membawang Hari Ini

“Berhenti Guna Nama Ustaz Untuk Memuliakan Diri”

Sedang hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit beberapa pendakwah, ia sekaligus menyebabkan ramai netizen memberikan pandangan negatif terhadap tugas mereka sebagai pendakwah.

Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin yang meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pendakwah yang merosakkan nama pendakwah itu sendiri sehingga boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan.

“Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku, kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.

“Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.

Malah, menerusi perokongsiannya di Instagram, PU Amin menggesa mana-mana individu yang menggunakan gelaran ustaz untuk kesenangan hidup agar kembali ke pangkal jalan.

“Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz..

“Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini, fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Amin berkata dia akan tetap meneruskan tugasnya untuk menyampaikan dakwah meskipun menerima pelbagai ujian dan akan terus memanjatkan doa supaya diberikan kekuatan dalam menegarkkan syiar Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");