Perak Hari Ini

Bermain ‘Salji’ Percuma Di Spritzer EcoPark Taiping

IPOH: Buat ibu bapa yang ingin mengisi waktu-waktu akhir musim cuti sekolah, apa kata membawa anak-anak bermain ‘salji’ secara percuma pada acara ‘Spritzer Christmas Fiesta 2019’ di Spritzer EcoPark, Taiping yang berlangsung dari 20 sehingga 25 Disember ini.

Spritzer dalam satu kenyataan memaklumkan aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang ada pada acara Spritzer Christmas Fiesta 2019 yang kesemua bermula pada jam 5 petang sehingga 9.30 malam.

“Seperti tahun lalu, para pengunjung akan dapat menikmati suasana bermain dalam ‘salji’. Waktu untuk bermain ‘salji’ ini adalah pada jam 6.30 petang, 8.00 malam dan 9.00 malam. Setiap sesi akan mengambil masa selama 30 minit dan aktiviti ini adalah percuma.

“Selain daripada itu, pada 25 Disember ini, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk aktiviti membuat kraf tangan menggunakan bahan kitar semula, sesi bercerita bersama kanak-kanak diikuti dengan sesi menghiasi ‘Gingerbread cookies’,” katanya di sini, hari ini.

Selain itu, Spritzer Christmas Fiesta 2019 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain seperti menaiki kereta klasik yang klasik dihiasi lampu LED dengan kadar RM20 bagi tempoh 10 minit.

“Para peminat fotografi juga mempunyai banyak lokasi untuk merakamkan pelbagai aktiviti di sekitar Spritzer EcoPark.

“Gabungan antara alam semula jadi, aktiviti yang dijalankan dan pencahayaan yang dipasang khusus sempena acara ini, tentunya menjadi daya tarikan bagi penggemar fotografi,” tambahnya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan sama, penganjuran acara tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Spritzer dalam menyediakan pelbagai aktiviti kepada warga Taiping.

Bermain di dalam ‘salji’ secara percuma, antara aktiviti mengujakan buat pengunjung di Spritzer EcoPark Taiping, dekat sini sempena program ‘Spritzer Christmas Fiesta 2019’ yang bermula Jumaat lepas sehingga Rabu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");