Perak Hari Ini

Bicara Kes Rogol Exco Bermula 10 Feb 2020

IPOH- Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tarikh bagi perbicaraan kes rogol warga Indonesia melibatkan Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong selama lima hari bermula pada 10 hingga 14 Ferbuari tahun hadapan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, pihak pembelaan telah mengemuka permohonan supaya tarikh perbicaraan kes tersebut ditetapkan pada penghujung Mac sebaliknya ditolak oleh pihak mahkamah.

“Sebolehnya pihak pendakwaan ingin menyelesaikan kes ini secepatnya ekoran kes tersebut melibatkan kakitangan kerajaan malahan beliau adalah seorang exco kerajan negeri.

“Terdapat juga pekeliling Ketua Hakim Negara di mana kes yang melibatkan kakitangan kerajaan perlu dipercepatkan dan dihabiskan dalam tempoh enam bulan selepas kes didaftarkan.

“Kes ini didaftarkan pada Ogos dan sepatutnya perlu diselesaikan pada Februari, tetapi jika kes dibicarakan pada Mac ia dikira telah melebihi penetapan tersebut,” katanya.

Sementara itu kata Peguam Pemerhati Mangsa, Azura Alias, jikalau kes tersebut ditangguh, ia mungkin akan memberi kesan kepada emosi mangsa.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan semasa sebutan semula kes itu dihadapannya hari ini.

Kata Azhar, pihak pendakwaan juga akan memanggil seboleh-bolehnya kesemua 24 saksi pada tarikh berkenaan.

Pada 23 Ogos lepas, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas kesalahan itu.

Paul Yong didakwa merogol pembantu rumahnya yang berusia 23 tahun, antara 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu, di sebuah bilik di tingkat atas di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar dan Ainul Wardah Shahidan, manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Sapian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");