Perak Hari Ini

Bilangan Peratusan Tanaman Sawit Dapat MSPO Meningkat

IPOH- Kementerian Perindustrian Utama melaporkan bahawa bilangan peratusan tanaman sawit di Malaysia yang telah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah sebanyak 61.3 peratus.

Bilangan ini menunjukkan peningkatan sehingga 30 November berbanding catatan peratusan sebanyak 51 peratus pada 31 Ogos lalu.

Menterinya, Teresa Kok berkata, pensijilan MSPO itu membabitkan seluas 3.54 juta hektar atau 61.3 peratus daripada 5.85 juta hektar tanaman sawit yang meliputi kawasan estet seluas 2.89 juta hektar dan seluas 653,000 hektar milikan pekebun kecil.

Katanya, di negeri Perak pula, hanya 7.9 peratus daripada jumlah kawasan penanaman sawit oleh pekebun kecil persendirian dipersijilkan dengan MSPO di mana menunjukkan angka yang rendah.

“Perkara ini yang membimbangkan dan kita tidak mahu pekebun kecil persendirian dipinggirkan kerana pada satu tahap, berkemungkinan kilang sawit akan meletakkan syarat supaya hanya minyak dari mereka yang dipersijilkan dengan MSPO akan mendapat harga yang lebih tinggi.

“Walaubagaimanapun, sukacita saya maklumkan bahawa semua 23 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) di negeri ini telah dipersijilkan MSPO yang melibatkan seramai 3,818 orang PKP dengan keluasan tanaman sawit seluas 9,838 hektar,” katanya ketika ditemui pemberita semasa program Jom MSPO Pekebun Kecil Orang Asli Perak, hari ini.

Perjumpaan bersama orang asli dari seluruh negeri Perak kira-kita 600 orang itu adalah untuk menyampaikan maklumat cara bagi mendapatkan MSPO disamping diberikan pengetahuan mengenai proses pensijilan MSPO serta kelebihannya.


Sementara itu, beliau turut menzahirkan rasa gembira kerana ramai dalam kalangan masyarakat orang asli sekarang telahpun menyertai pensijilan MSPO secara aktif.

“Sekarang masyarakat dalam kalangan orang asli telah menyertai pensijilan MSPO di mana ia merupakan satu perkhabaran yang baik.

“Namun begitu, kementerian turut meminta agar semua pekebun kecil persendirian dan juga mereka yang mempunya 100 ekar dan keatas untuk datang menyertai pensijilan MSPO supaya minyak mereka tidak dijadikan ‘second gred’.

“Tindakan ini adalah untuk menunjukkan bahawa minyak sawit Malaysia adalah minyak sawit lina bintang dan dipersijilkan mampan,”katanya.

Katanya lagi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga telah mengeluarkan notis bahawa penanam sawit 100 ekar yang tidak menjalani pensijilan MSPO, lesen MPOB mereka akan ditarik balik dan tidak lagi boleh menjual minyak sawit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");