Perak Hari Ini
Like

Dagang Kasut Tiruan, Pengarah Dan Pengurus Didakwa

December 24, 2019
412 Views
0 Comments
1 minute read
Dagang Kasut Tiruan, Pengarah Dan Pengurus Didakwa

IPOH- Dua orang pengarah serta seorang pengurus dari syarikat Enghenda Sdn Bhd yang memperdagangkan pelbagai kasut tiruan didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah keatas pertuduhan memperdagangkan sejumlah barangan palsu iaitu jenama Puma, Nike, Gucci dan Levi’s dengan kuantiti keseluruhan sebanyak 17,595 unit.

Ketiga-tiga tertuduh terdiri dari dua pengarah syarikat, Yap Yien Keat, 41 serta sepasang suami isteri iaitu, Yap Kian Seng, 57 dan Sun Haixia, 37 seorang warga asing yang juga merupakan pengurus syarikat berkenaan.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya KPDNHEP Perak, Afiqa Liyana Rozman.

Terdahulu, satu serbuan dibuat oleh sepasukan enam pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya pada 18 Disember jam 11.30 malam di Kawasan Perindustrian Menglembu dan Kawasan Perindustrian Chandan Raya.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Perak, V Ravichandran berkata, pihak KPNKHEP telah menyita sebahagian besar kasut serta selipar berjenama yang digunakan cap dagangan dan perihal palsu.

“Hasil tindakan serbuan dan siasatan yang dibuat, akhirnya membawa kepada pertuduhan kepada dua orang pengarah syarikat dan seorang pengurus yang beroperasi tersebut,” katanya.

Ketiga-tiga tertuduh telah diberi jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Kata beliau , tarikh perbicaraan semula kes telah ditetapkan pada 7 Januari 2020.

Kes dibicarakan di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 8(2)(A) Akta yang sama di mana jika disabitkan dengan kesalahan, jumlah denda yang yang dikenakan adalah RM10,000 seorang manakala bagi syarikat itu sendiri akan dikenakan denda maksimum RM15,000.

Komen & Pendapat

Comments are closed.