Perak Hari Ini

Delegasi Dari Fukuoka Melawat Taman Jepun Ipoh

IPOH: Tujuh delegasi dari Fukuoka yang diketuai Datuk Bandar, Takashima Soichiro bersama-sama pegawai dan ahli majlis Bandaraya Ipoh yang diketuai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim hadir melawat ke Taman Jepun yang terletak di Taman Dr seenivasagam, di sini, hari ini.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada acara lawatan kerja Datuk Bandar Fukuoka ke Ipoh bersempena dengan sambutan Program Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka yang ke-30 tahun.

Acara yang berlangsung sekitar jam 11.30 pagi itu bermula dengan majlis pemotongan reben sebagai simbolik pembukaan semula Taman Jepun selepas ia siap dinaiktaraf.

Difahamkan, taman seluas 1.2 hektar itu siap dinaiktaraf kira-kira dalam tempoh setahun.

Lawatan yang berlangsung sekitar 30 minit itu disempurnakan dengan acara penanaman pokok ‘Tabebuia rosea’ yang merupakan simbolik persahabatan antara Ipoh dengan Fukuoka.

Ia disempurnakan Ahmad Suaidi serta Takashima Soichiro.

Untuk rekod, taman itu secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 oleh Datuk Bandar Ipoh ketika itu, Ahmad Salleh Sarif bersama dengan Datuk Bandar sebelumnya, Dato Umar Abu serta kehadiran bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Watanabe yang mewakili Datuk Bandar Fukuoka.

 

Taman itu mendapat gelaran “Taman Mini Jepun” selepas termeterainya perjanjian antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka pada 21 Mac 1989 sebagai Bandaraya Berkembar antara Jepun dan Malaysia.

Landskap taman tersebut pula adalah hasil reka bentuk pegawai landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dengan dibantu nasihat dan kepakaran daripada Kerajaan Tempatan Fukuoka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");