Berita Hari Ini

Dewan Rakyat Terima Pemakluman Kerusi Parlimen Kimanis kosong

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menerima surat daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kimanis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata ia berikutan penerimaan Perakuan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum bagi Parlimen Kimanis yang disandang Datuk Seri Anifah Aman pada 9 Mei 2018 adalah tidak sah dan terbatal.

“Selaras Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini menerima surat daripada Pengerusi SPR memaklumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi Parlimen Kimanis mulai 10 Disember lalu.

“Jadi, SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan kerusi itu dalam dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini, lapor BH Online.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya, yang menolak kemenangan Anifah bagi kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah pada PRU-14 kerana mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya, sekali gus membenarkan petisyen pilihan raya raya dikemukakan bekas calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang.

Hakim Lee Heng Cheong membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat kesilapan pada semua kotak undi yang mempunyai unsur manipulasi, termasuk kertas undi tambahan yang melanggar undang-undang pemilihan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");