Membawang Hari Ini

Ernie Zakri Sebak Di Makkah

PENYANYI popular, Ernie Zakri sebak dan terharu apabila kali pertama dapat menjejakkan kaki ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Bercakap kepada Harian Metro, Ernie, 27, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakrie berkata, lebih bermakna apabila impiannya membawa ibu bapa bersama dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah, syukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan ini. Sebelum ini tengok orang lain dapat pergi, saya sentiasa berdoa semoga suatu hari dapat sampai juga.

“Mungkin juga dengan berkat doa kawan, Allah perkenankan. Bagi saya, ini rahmat yang tidak terhingga. Sebagai hamba-Nya, saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur.

“Kali pertama menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan menatap Kaabah depan mata, tidak sedar air mata menitis sendiri. Segala perasaan ada. Terima kasih Allah kerana menjemput saya dan keluarga menjadi tetamu-Mu,” katanya kepada Harian Metro.

Ernie yang bertolak ke Makkah sejak Isnin lalu berkata, dia dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan segala ibadah dipermudahkan.

Menurut Ernie, ibadah ini bakal menjadi kenangan terindah dalam hidupnya dan berdoa semoga diberikan rezeki untuk kembali ke sana lagi.

“Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan urusan. Fokus saya adalah ibadah. Di sini tak fikir langsung soal kerja. Rugi rasanya tidak manfaatkan masa yang ada ini dengan sebaiknya.

“Insya Allah, selepas ini nak bertolak ke Madinah pula. Saya juga berdoa semoga dipermudahkan laluan untuk ke Raudah. Saya akan cuba untuk masuk juga, walaupun orang cakap agak susah.

“Apa yang pasti, ini pengalaman berharga saya. Tidak dapat dicari di mana-mana. Betul orang cakap, di sinilah tempat paling tenang di muka bumi ini. Kalau diberikan rezeki lagi, saya pasti ke sini lagi,” katanya.

Ernie bertolak ke sana selepas tamat program Mentor Milenia 2019 yang menobatkan protegenya, Daus sebagai pemenang tempat kedua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");