Sukan Hari Ini

Filipina Tunda Banyak Acara Elak Taufan Kammuri

CLARK: Bimbang dengan ancaman Taufan Kammuri yang dijangka melanda Filipina, hari ini menyebabkan tuan rumah Sukan SEA 2019 itu terpaksa menunda beberapa acara sukan.

Menurut BH Online, antara sukan terbabit adalah petanque, pelayaran, papan selaju dan surfing yang dikeluarkan daripada jadual pertandingan hari ini.

Pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (PHISGOC) pagi ini menerusi satu kenyataan rasmi.

Malah, sebagai langkah berjaga-jaga, semua jadual penerbangan ke Filipina turut ditangguhkan atas faktor keselamatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila turut ditutup.

Ini bermakna tiada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila atau sebaliknya sehingga notis perjalanan dikeluarkan kelak sekali gus menjejaskan perjalanan beberapa sukan membabitkan kontinjen Malaysia.

Antara sukan yang masih ‘terkandas’ di Kuala Lumpur dan terbabit dengan penangguhan jadual penerbangan adalah skuad olahraga, gimrama, terjun, skuasy dan sukan elektronik negara.

Kammuri dijangka tiba pagi ini di timur Filipina dengan membawa hujan lebat dan angin kencang mencecah 170 kilometer sejam, kata jabatan kaji cuaca.

Ribut itu berada dalam laluan untuk menghampiri Manila, yang mempunyai 13 juta penduduk dan tempat banyak acara pertandingan Sukan SEA sedang berlangsung.

Hampir 70,000 penduduk sudah berpindah di Daerah Bicol, yang dijangka lokasi utama laluan ribut itu

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");