Berita Hari Ini

Harga RON97 Turun Dua Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun dua sen kepada RM2.64 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini hingga 13 Dis.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.34 dan RM2.30 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada di paras RM2.36 seliter manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.29 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada aras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh tujuh hari tersebut (7 hingga 13 Dis) berjumlah RM107.4 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");