Berita Hari Ini

Hari 62: Najib Di Kandang Saksi, Pembelaan Mula Pemeriksaan Utama

Perbicaraan hari ini akan bertumpu kepada pemeriksaan pasukan pembelaan terhadap anak guam mereka, Najib Razak.

Semalam, Najib menyelesaikan pembacaan kenyataan saksi sepanjang 243 halaman pada peringkat pembelaan perbicaraan kes menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.

LANGSUNG:

9.23 pagi – Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memulakan pemeriksaan utama terhadap bekas perdana mentei Najib Razak.


9.16 pagi – Prosiding bermula, Najib masuk ke kandang saksi.


9.00 pagi – Perbicaraan yang masuk hari ke-62 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula sekitar jam 9 pagi pagi ini, pasukan pembelaan yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah dijangka akan melakukan pemeriksaan utama dengan lebih lanjut lagi terhadap bekas perdana menteri itu.

Peguam akan meminta Najib untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan saksi yang disediakan untuk mengukuhkan pembelaan bekas menteri kewangan itu.

Pemeriksaan utama juga akan cuba menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan melibatkan tujuh dakwaan terhadap Najib kerana penyalahgunaan kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta dana SRC International.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");