Membawang Hari Ini
Like

Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

December 19, 2019
675 Views
0 Comments
2 minutes read
Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

Sejak kebelakangan ini ada saja kontroversi terpalit beberapa pendakwah selebriti. Nampaknya baru-baru ini timbul satu lagi kisah membabitkan seorang lagi pendakwah kelahiran program realiti yang didakwa berlaku curang.

Perkara itu didedahkan oleh isteri kepada pendakwah selebriti itu sendiri yang tampil membuat pengakuan di portal mStar Online.

Wanita itu mendakwa dia tidak mampu lagi untuk menanggung penderitaan sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan selebriti berkenaan. Ujarnya lagi, dia mengalami tekanan emosi akibat perbuatan buruk suaminya yang beberapa kali kantoi curang.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongam sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya.

Wanita itu turut mendakwa turut menemui gambar berahi bekas kekasih suaminya yang dikirimkan menerusi direct message (DM) di Instagram. Malah, mendakwa suaminya sering menghantar mesej kepada beberapa gadis secara rawak dengan niat untuk bersembang perkara tak senonoh.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya di Instagram. Namun saya maafkannya dengan harapan dia akan berubah.

“Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.

“Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video,” katanya.

Susulan pendedahan itu, pendakwah terbabit menghubungi pihak mStar meminta supaya perkara itu tidak memanjangkan isu berkenaan dan enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isterinya itu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.