Perak Hari Ini

Isu Hak Milik Kekal Tanah Tidak Pernah Dibincangkan Dalam MMK- Menteri Besar Perak

KAMPAR- Kerajaan Perak tidak pernah membincangkan mengenai persetujuan pemberian geran pemilikan tanah di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) seperti yang didakwa oleh seorang Exco.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri telah mengambil pendirian bahawa perkara tersebut hendaklah di bawa kepada Majlis Tanah Negara (MTN) dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diberi arahan kepada kerajaan negeri mengenai langkah yang sebaiknya untuk dilakukan.

Katanya, jikalau ada yang masih ingat pada tahun pertama beliau sabagai Menteri Besar, beliau telahpun mengumumkan di sidang dewan bahawa, apabila kerajaan negeri mendapat makluman untuk melaksanakan perkara tersebut, terdapat pelbagai maklumbalas yang diterima.

“Kerajaan negeri juga telah pun mengadakan siri ‘town hall session’ dan disitu juga kita telah mendapat pelbagai telahan berkenaan dengan akta kanun tanah negara dan sebagainya.

“Maka selain daripada itu, saya percaya bahawa rakan exco yang hadir hari ini boleh menyemak bahawa kita tidak pernah berbincang perkara tersebut dalam mesyuarat kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah Fasa I dan Pelancaran Rumah Perakku Fasa II Taman Tualang Sekah, hari ini.

Beliau mengulas demikian berkenaan pemberian hak milik kekal tanah kepada Melayu, Cina dan India menerusi Manifesto PH.

Katanya, kerajaan negeri mendapat pelbagai pendapat-pendapat yang berbeza, malahan beliau pula tidak berapa arif berkenaan perkata tersebut.

”Saya perlu meminta kepimpinan tertinggi iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara ini diperingkat yang lebih tinggi dan boleh memberi maklumbalas kepada kita untuk dilaksakan langkah seterusnnya.

“Saya nampak pandangan yang diberikan ini berbeza-beza, jadi apa yang harus dilakukan adalah menyerahkan kembali kepada MTN untuk menasihati kita mengenai langkah yang perlu dilakukan,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, beliau berharap perkara tersebut tidak di polemikkan berterusan di dalam media.

“Saya percaya ada lunas-lunas yang boleh kita gunakan dalam kerajaan untuk berbincang melalui MMK di mana adanya pembincangan bersama malahan, perkara ini tidak perlu bercakap dengan media kerana boleh menimbulkan perkara-perkara yang meresahkan rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");