Berita Hari Ini

‘Jika Kongres Organisasi Cina Tak Anti Melayu, Tak Ada Asas Untuk Bimbang’

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya Kongres Organisasi Cina anjuran kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) tidak tiada unsur “anti-Melayu” atau “anti-perlembagaan”, kebimbangan yang disuarakan adalah tidak berasas.

“Tiada asas untuk bimbang Kongres Organisasi Cina anjuran Dong Jiao Zong akan membawa kekacauan sekiranya ia bukan anti-Melayu atau anti-perlembagaan,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengingatkan bahawa penganjuran Kongres Organisasi Cina akan mengakibatkan kumpulan Melayu bertindak balas dengan “cara yang sangat Melayu” sekiranya kongres itu diteruskan.

Sementara itu, Lim yang juga ahli parlimen Iskandar Puteri berkata, isu yang timbul adalah kerana terdapat perbezaan pandangan sama ada pengenalan tiga muka surat pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular akan menjejaskan sekolah Cina dan Tamil.

“Kerana semua pihak setuju untuk mengekalkan sekolah rendah Cina dan Tamil.

“Adalah penting untuk memastikan perbezaan pendapat dalam masyarakat kita diselesaikan dengan aman serta baik dalam keadaan dan konteks perlembagaan dan kerajaan yang sedia ada.

“Usaha juga harus dibuat untuk mengelakkan sebarang polarisasi antara kaum dan agama di Malaysia, yang mudah tercetus akibat berita palsu dan kebencian yang mengancam kemakmuran masyarakat Malaysia,” katanya.

Kongres Organisasi Cina yang akan diadakan 28 Disember ini adalah bagi membantah garis panduan pengajaran tulisan Jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan.

Kongres adalah untuk menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Garis panduan baru oleh kementerian membenarkan ibu bapa memutuskan sama ada pengajaran itu boleh diperkenalkan di sekolah. Pengajaran akan diteruskan jika lebih daripada separuh daripada ibu bapa pelajar bersetuju.

Dong Jiao Zong tidak bersetuju dengan syarat ini kerana ia dilihat akan menimbulkan perselisihan dan menyebabkan ketidakharmonian antara ibu bapa etnik yang berbeza yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular.

Dong Jiao Zong menegaskan bahawa lembaga pentadbir sekolah sepatutnya diberi kuasa untuk memutuskan sama ada harus melaksanakan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi yang dijadualkan bermula tahun depan untuk murid tahun empat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");