Membawang Hari Ini

Joe Flizzow nikah April 2020

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap yang juga pelopor muzik hip-hop negara, Joe Flizzow yang selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan, semalam bakal melangkah ke jenjang pelamin, April tahun depan.

Perkara itu disahkan ibu Joe, Aishah Ali yang turut memaklumkan, majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Marini di Petaling Jaya dan dihadiri lebih 50 ahli keluarga terdekat masing-masing.

Aishah yang juga bekas wartawan New Straits Times berkata, pasangan itu mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu, namun mula menjalin hubungan serius sejak 2016.

“Mengikut perancangan, mereka akan disatukan pada April depan. Doakan semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Aishah, Joe mempunyai misi tersendiri dalam perjuangan seni membuatkan dia enggan terburu-buru memikirkan soal peribadi.

“Dia mahu kejar cita-citanya dahulu dan merealisasikan impiannya sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

“Joe pernah memberitahu, dia serius dalam perjuangan muziknya, malah ingin membawa bakatnya menembusi Amerika Syarikat, biarpun ia tidak semudah disangka.

“Dia mencapai kemuncak dalam perjuangan seninya apabila dilantik sebagai Pengarah Urusan, Def Jam South East Asia,” kata Aishah.

Marini, sebelum ini pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital, Primeworks Studios Sdn Bhd, namun kini memilih untuk bekerja sendiri.

Sementara itu, Joe mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penyanyi tempatan pertama bernaung di bawah label rakaman, Def Jam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");