Membawang Hari Ini

Jumanji Atasi Frozen II Untuk Kutipan Pecah Panggung

LOS ANGELES : ‘Jumanji: The Next Level’ tampil mengalahkan ‘Frozen II’ untuk kutipan pecah panggung di Amerika Utara minggu ini, dengan anggaran kutipan AS$60.1 juta (RM 248 juta) pada hari pertama, kata pemantau industri, Exhibitor Relations, semalam.

Sekuel Jumanji yang dibintangi Jack Black, Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Kevin Hart itu mengisahkan sekumpulan sahabat baik kembali menyelami pengalaman berbahaya dan unik menerusi permainan Jumanji.

Animasi terbitan Disney, ‘Frozen II’ yang berkisar kepada negara penuh keajaiban milik dua beradik perempuan, Ratu Elsa dan adiknya, Puteri Anna pula memungut AS$19.2 juta (RM79.5 juta) untuk tempoh tayangan tiga hari, bermula Jumaat hingga Ahad.

Berada di tangga ketiga adalah misteri pembunuhan, ‘Knives Out’ dengan kutipan berjumlah AS$9.3 juta (RM38.5 juta).

Filem terbabit dibintangi aktor handalan, Daniel Craig selaku detektif yang diupah pelanggan tidak dikenali, bagi menyelesaikan misteri pembunuhan seorang individu kaya.

Tempat keempat menjadi milik filem terbaharu terbitan Warner Bros, ‘Richard Jewell’ iaitu imbasan semula kisah seorang pengawal keselamatan yang dituduh terbabit dalam pengeboman Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Hanya mengutip AS$5 juta (RM20.7 juta), ia adalah pembukaan terburuk untuk filem arahan aktor dan sutradara Clint Eastwood setakat ini. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");