Berita Hari Ini

‘Kalau Sekarang Kementerian Kewangan Lulus, Hari Ini Kita Akan Hantar Baja’

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masih menunggu kelulusan Kementerian Kewangan bagi membolehkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengagihkan baja subsidi kepada petani di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pihaknya memberi jaminan subsidi baja akan diagihkan secepat mungkin selepas permohonan peruntukan kewangan diluluskan.

“Jika kita dapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan sekarang, hari ini juga kita akan hantar baja subsidi kepada NAFAS untuk diagihkan kepada petani di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sesi Dialog Pembaharuan Industri Perikanan Negara di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan NAFAS bersedia mengagihkan baja subsidi kepada pesawah sebaik menerima arahan bertulis daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata agihan baja padi itu adalah untuk musim penanaman kedua mengikut peruntukkan yang disediakan kerajaan.

Pesawah di beberapa kawasan sebelum ini mengadu masih belum menerima baja bersubsidi walaupun ada sesetengahnya yang sudah memulakan penanaman dan khuatir akan menjejaskan hasil padi mereka.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata kementerian akan menggunakan pelbagai pendekatan bagi membantu golongan nelayan sepanjang musim tengkujuh termasuk membenarkan mereka menggunakan bot pukat tunda di kawasan pinggir pantai selain menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan bebas kos sara hidup.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata beliau juga sudah meluluskan 500 lesen bot nelayan baharu bagi menggalakkan golongan muda terbabit dengan aktiviti menangkap ikan dan perikanan lain lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");