Berita Hari Ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Korban Pertama Banjir Di Kelantan

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh ditemui maut pagi ini.

Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh pukul 8.00 pagi ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas program berkhatan kanak-kanak peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.

Kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan berada di atas titi kayu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");