Perak Hari Ini

Kanak-Kanak Hilang Di Ladang Ditemui

BIDOR- Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di ladang kelapa sawit pada pagi ini telah selamat ditemui oleh sepasukan penyelamat.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat, kanak-kanak tersebut hilang di ladang kelapa sawit ketika beliau sedang memungut buah kelapa sawit di ladang berkenaan.

“Menurut waris, mangsa iaitu anak beliau hilang ketika memungut buah kelapa sawit sekitar jam 11.25 pagi,” katanya.

Seramai 23 anggota PDRM dan enam anggota dari Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut (SAR).

Mangsa iaitu adik Mitra berusia tiga tahun berjaya ditemui oleh anggota polis pada jam 1.58 petang dalam keadaan lemah dan didapati terdapat kesan lebam di kaki sebelah kiri beliau.

Mangsa ditemui dalam jarak 1.5KM dari kawasan mangsa dipercayai hilang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");