Berita Hari Ini

Kantoi Bawa 16 Guni Ketum Selepas Terbabas

REMBAU: Polis menahan dua lelaki selepas menemui 16 guni berisi daun ketum dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan merempuh sebuah kedai di Jalan Pedas-Kundur di sini, hari ini.

Menurut BH Online, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, berkata pihak polis yang ke lokasi kejadian mendapati MPV jenis Proton Exora itu melanggar kedai makan pada 8.15 jam pagi.

“Anggota yang membuat pemeriksaan menemui 16 guni disyaki mengandungi daun ketum di bahagian tempat duduk belakang dan but kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anuar berkata, kedua-dua suspek berusia 40an itu ditahan polis dan semua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Rembau, esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");