Membawang Hari Ini

Kartun ‘Legend’, Pengarah & Pencipta Animasi Usop Santorian & Keluang Man Meninggal Dunia

Jika disebut animasi Usop Santorian dan Keluangman, mungkin kebanyakkan generasi baru masa kini tidak mengenali atau mungkin tidak pernah menontonnya.

Namun bagi generasi di sekitar zaman 80-an dan 90-an, itulah antara animasi kartun yang menjadi tontonan yang telah menghiburkan zaman kanak-kanak pada suatu masa dahulu.

Mewarnai zaman kanak2 satu masa dulu

Bagaimana pun, hari ini dimaklumkan bahawa orang kuat disebalik animasi tersebut iaitu mantan Presiden Persatuan Animasi Malaysia, Kamarudin Ismail, selaku pengarah Usop Sontorian dan pencipta Keluangman, dimaklumkan meninggal dunia hari ini.

Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Kinana Media, arwah menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 4.15 petang tadi di PPUM kerana serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat disana.

Tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer

Sebagai rekod, Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi ‘Usop Sontorian.

Malah, Pada 1 April 2018 arwah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman, terima kasih kerana telah mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan karya-karya yang cukup menggamit memori.

Sumber : Kinana Media

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");