Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Sumbang RM50,000 kepada Tassawur Islam, Bantu Bina Asrama Anak Yatim

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan peruntukan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Tassawur Islam Perak, hari ini.

Menerusi satu kenyataan, sumbangan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kerja-kerja Pembinaan asrama tersebut.

Menurutnya, sumbangan kerajaan negeri itu bagi menampung kos pembinaan asrama anak yatim yang berada di Simpang Empat, Semanggol dekat Bagan Serai.

Difahamkan asrama itu telah diasaskan Tokoh Maal Hijrah Perak pada tahun lalu iaitu, Datuk Seri Ahmad Awang.

Mengulas lanjut, Hasnul berkata Kerajaan Perak sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha murni yang dibuat semua pihak dalam membela nasib golongan yang memerlukan terutama golongan anak yatim.

Menurutnya, beliau menyokong usaha pertubuhan tersebut, lebih-lebih lagi ia diasaskan serta disokong oleh tokoh yang beliau sangat hormati secara peribadi.

“Beliau merupakan seorang tokoh agamawan yang kontemporari dan komited biarpun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan oleh kerana pandangan serta pemikiran politiknya.

“Sumbangan ini bagi pihak portfolio saya dan Insyallah saya akan panjangkan usaha ini ke pengetahuan Menteri Besar Perak agar usaha pertubuhan ini dapat terus disokong,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");