Panasnya Hari Ini

Kes Altantuya: Najib Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Azilah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan beliau pernah mengeluarkan arahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sumpah laknat itu bagi menafikan dakwaan tersebut seperti mana yang terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri memetik Sinar Harian.

” Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Alhamdullah, sehingga ke saat ini saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama, Altantuya Shaariibuu.

“Malah, saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali,” katanya ketika melafaskan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");